Perbezaan Emas 999 Dengan Emas 916 dan Tips Membeli Emas 916
Emas merupakan aset yang sentiasa tinggi nilainya sejak zaman berzaman. Pada zaman dulu, emas dijadikan matawang untuk membeli belah. Selepas itu, emas dijadikan perhiasan wanita dan aset yang boleh diwarisi.
Memiliki dan menyimpan emas merupakan tindakan bijak dalam jangka masa panjang berbanding menyimpan wang fiat yang dimakan inflasi saban tahun.
Banyak jenis emas yang dijual di pasaran tapi yang kerap kita dengar ialah emas 999 dan emas 916. Walaupun nama sama iaitu emas namun mempunyai banyak perbezaan.
APAKAH PERBEZAAN EMAS 999 DENGAN EMAS 916???
Emas 999 @ 24 karat mengandungi 99.9% emas manakala emas 916 @ 22 karat mengandungi emas 91.6%.
2. Logam Campuran
Emas 999 hampir 100% ketulenan emas dan tidak bercampur logam lain manakala emas 916 bercampur dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih kuat, lasak dan sesuai dijadikan perhiasan wanita.
3. Kilauan Emas
Emas 999 lebih berkilau dan kilauannya bertahan lebih lama manakala 916 kurang kilauannya dan cepat pudar.
4. Harga
Harga emas 999 lebih mahal berbanding emas 916. Contohnya harga pada 8 Julai 2019 di Public Gold:
Emas 999 (RM198/segram) (RM842 1 dinar).
Emas 916 (RM157/segram) (RM759 1 dinar).
5. Nilai Gadaian di Ar-Rahnu.
Apabila harga emas 999 lebih mahal dari emas 916, maka nilai gadaiannya di Ar-Rahnu juga lebih tinggi berbanding emas 916.
6. Speard @ susut nilai.
Speard @ susut nilai emas 999 lebih rendah berbanding spread @ susut nilai emas 916 bila nak jual kelak. Spread @ susut nilai:
👉emas 999 (6% sehingga 9%).
👉emas 916 (20% sehingga 35%).
7. Kos Tambahan
Emas 99.9 mempunyai caj premium yang tetap dan rendah berbanding kos upah emas 916 yang tinggi mengikut design. Kadang-kala kos upah dimanipulasi pekedai emas untuk mengaut keuntungan.
Contoh jenis emas 999 Public Gold
8. Simpanan dan Pelaburan
Emas 999 memang direka khas untuk simpanan dan pelaburan manakala emas 916 direka untuk perhiasan, BUKAN untuk simpanan dan pelaburan. Spread @ susut nilainya yang rendah apabila menjual kelak berbanding spread @ susut nilai emas 916 yang tinggi menyebabkan kuranganya keuntungan.
Kesimpulannya, tepuk dada tanya hati. Beli emas untuk apa? Simpanan, pelaburan atau perhiasan.
Kalau untuk perhiasan, sebaliknya ikut tip ini.
TIP MEMBELI EMAS 916 sebagai perhiasan @ barang kemas wanita.
1. Ketulenan 999 atau 916 sahaja.
Boleh periksa bahagian belakang barang kemas, biasanya ditempa dengan cop "999 atau 916".
Contoh emas 916 yang tinggi permintaannya
2. Barang kemas padu sahaja.
Barang kemas yang padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Kalau barang kemas itu rosak, terpaksa tukar beli (trade-in) sebagai used gold dengan potongan 20% hingga 35%.
3. Barang kemas tiada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata nilainya sangat rendah apabila dijual semula.
4. Simpan resit pembelian.
Tempat terbaik untuk menjual emas ialah tempat membelinya. Pengeluar asal akan membelinya dengan harga yang tinggi dengan syarat menunjukkan resit asal pembelian. Contohnya beli di Habib Jewel, maka jual di habib Jewel.
Kebanyakan Ar-Rahnu akan minta resit pembelian asal untuk barang kemas sebagai syarat untuk kelulusan pinjaman.
5. Kos upah paling rendah.
Jangan tertipu kalau nampak harga yang dipaparkan di kedai emas pada harga yang rendah. Kebiasaanya harga itu belum termasuk kos upah. Kos upah berbeza-beza mengikut kedai walaupun design sama. Bahkan, ada kedai emas tidak mengenakan caj upah. Kena rajin tanya dan tinjau emas sendiri ya. 😂😂
Di PG Jewel dalam PG Mall juga ada jual emas 916. Emas pun dapat, cashback dari setiap pembelian pun dapat.
Nak tahu lebih lanjut mengenai PG Mall, boleh baca artikel yang bertajuk:👇
Ada Apa Dengan PG Mall dan Bagaimana Mendapat Pasif Income Daripadanya?
Semoga bermanfaat.
Muhd Shafiq,
📲 011-19889734
Comments
Post a Comment